Terma dan Syarat Tekad Korban Enterprise

PENDAHULUAN

1. Syarikat ini mempunyai beberapa polisi yang perlu dipatuhi.

2. Polisi ini berfungsi sebagai panduan untuk kami dan biskita dalam mematuhi undang-undang dan etika menjalankan perusahaan ini. Ianya menghuraikan standard yang dijangka akan dicapai oleh pihak kami dalam merealisasikan perlaksaan Ibadah Korban biskita dengan lancar dan memuaskan hati.

PENYERTAAN

1. Mestilah berugama Islam.

2. Terbuka kepada jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi swasta, persatuan-persatuan, masjid-masjid dan pihak persendirian.

3. Tarikh tutup penyertaan adalah Hari Rabu, 1hb Julai 2020 Jam 4.00 Petang.

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN

1. Sila isi borang pendaftaran yang terpapar di laman web ini. Pengisian borang mistilah mengunakan infomasi yang betul dan tepat.

2. Setelah itu tekan butang “SAYA BERTEKAD UNTUK IKUT SERTA”.

3. Pihak kami akan menghubungi biskita dalam masa 48 jam.

4. Kami akan menghubungi biskita dengan melalui applikasi whatsapp. Kami akan memberikan keterangan bank syarikat untuk biskita membuat pembayaran pendahuluan.

5. Setiap pembayaran yang biskita lakukan ke syarikat kami, biskita dikehendaki untuk menyertakan resit pembayaran. Resit bolehlah digambar dan dihantar ke talian kami melalui talian whatsapp kami (+6737353067).

6. Bagi yang memilih untuk membayar secara ansuran, kami akan memperingati biskita setiap 2 kali sebulan, iaitu pada 15hb dan 30hb.

PEMBAYARAN

1. Pembayaran bolehlah dibuat secara penuh ataupun ansuran.

2. Setiap pembayaran adalah melalui Bank BIBD di atas nama Tekad Korban Enterprise. Biskita boleh membayar terus melalui BIBD ONLINE atau pun melalui CDM (Cash Deposit Machine). Segala keterangan Bank akan diberikan setelah biskita mengisi dan menghantar borang pendaftaran.

3. Kepada biskita yang berminat mengikuti program kami, wang pendahuluan sebanyak BND35.00 adalah dimestikan. Ini adalah memastikan yang biskita tu bertekad 100% untuk mengikuti program ibadah korban yang dijalan.

4. Jumlah pembayaran seterusnya adalah tergantung kepada peserta yang mengikuti program ini.

5. Mana-mana peserta yang tidak berjaya menyelesaikan baki yang terkumpul sebelum tarikh tutup pembayaran, maka biskita akan dianggap menarik diri dari program ini. Duit pendahuluan akan hangus dan duit simpanan selebihnya ada dipulangkan semula kepada biskita.

6. Mana-mana peserta yang menarik diri sebelum tarikh tutup pembayaran/penyertaan. Maka duit pendahuluan sebanyak BND35.00 akan hangus dan baki duit selebihnya akan dipulangkan semuanya.

7. Untuk makluman biskita, bagi peserta yang memlilih Pakej Premium iaitu BND380.00 sebahagian, ia adalah satu per tujuh bahagian kerbau.

8. Tarikh tutup pembayaran ada Hari Rabu, 1hb Julai 2020 Jam 4.00 Petang.

PEMBELIAN BINATANG KORBAN

1. Seperti yang tertera di laman utama web ini, binatang ternak yang kami tawarkan setakat ini adalah terhad kepada kerbau sahaja. InshaAllah kambing dan sapi akan diumumkan kemudian.

2. Pemilihan binatang korban adalah yang memenuhi tuntutan syarak. Iaitu bagi kerbau, usianya melebihi 2 tahun, kerbau jantan, sihat dan tidak cacat, memiliki nafsu makan yang kuat dan berat melebihi 250 kilogram.

PENGHANTARAN

1. Penghantaran ini adalah untuk pakej kerbau sahaja.

2. Waktu penghantaran akan dibincangkan bersama peserta yang memilih pakej kerbau dan telah membayar secara penuh.

PENYIMPANAN DATA

Jika biskita memilih untuk mendaftar dan berurus niaga dengan program kami, data-data peribadi biskita tidak akan di kongsi pada mana-mana pihak lain.

Telah dikemas kini pada 14/11/2019

TENTANG KAMI

TEKAD KORBAN ENTERPRISE (20020736) mula ditubuhkan pada 22 Ogos 2019. Pada awalnya beroperasi di alamat No. 22, Simpang 306, Jalan Ujong Jalan, Kampong Puni, Temburong PA3751, Negara Brunei Darussalam. Sambung baca…

HUBUNGI KAMI

UNIT 53, 1ST FLOOR, BT HAJI UTHMAN COMPLEX, JALAN PERDANA MENTERI, BERAKAS BB2713, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Contact Infomation

+673 (7353067)